Ada seorang ni, aku selalu tengok dia jarang letak gambar dia sebagai dp. Kalau letak pun, yang black and white atau pon yang blur blur siket. Yup, sedia maklum yang dia ni 'kuat agama' dan semestinya dia nak jaga pandangan mata org dari menatap muka dia, ataupon, well normal what utk mentality org macam aku yg 'stock2 alim ofkossss lerrr tak tayang muka'.
Lepas tu, ada satu time dia tukar dp gambar dia yg quite clear, jap je, lepas tu dia tukar balik. Tersentap aku. Kenapa? Terpikir aku org yg dah duduk on track pun ada kala terlepas pandang dan tertewas dengan nafsu. Apa tah lagi kita yang baru2 nak merangkak ni, track pon ntah jauh di mana mana. Lagi la setan nak kacau. Tapi situasi tu sangat beri impak, apa yang aku paham, kesilapan tu kita akan tetap buat, tak bermakna kita silap langkah sekali dia kita dah tak berguna dan patut terus berasa dalam bulatan yang sama. Tu lah org cakap, walaupon payah, gerak lah. Biar bergerak dalam cacat cela dari statik dalam kesempurnaan. <----- ni ayat junior aku tak silap haha
Contohnya, ada satu ketika, terasa nak pakai handsock yg gigih, lengan baju naik sikit pon nak pakai handsock. Dan ada kala bila terlupa pakai, bercakap sendiri "tak apa lah terlupa harini je, bkn selalu", tapi esoknya buat lagi, buat lagi sampai dah rasa benda tu jadi normal balik.
Bila kadang2 rasa hati berbolak balik, 'eh ingat aku nak berubah, tapi awat rasa cam kurang dah rasa gigih mcam awal2 dulu, bukan masa nya lagi kah?'. oh bullshit. mainan syaitan. Dekat sini lah azam kena kuat, tajdid niat. Nak berubah sebab tu mmg dah tanggungjawab kat Allah. Sesungguhnya hati itu berbolak balik. Kita kena kuat. Orang yang biasa bercampur gaul lelaki perempuan tanpa batas, bersembang pumpang2 tampaq lutut laki perempuan, ambil gambar dekat2 macam nak berlaga bahu, nak berubah tak mudah. Tapi, bergeraklah berubah walaupon perlahan. Orang yg on track pun bisa terbabas, tambah pulak org terbiasa environment mcm ni lagi lah senang nak terusik dengan ajakan. Setiap kali terusik lepas kita rasa kita dah berubah, bukanlah tanda kita gagal atau Allah tak sayang, tapi tu lah tanda Dia nak uji iman dan akal kita.
Setiap kali rasa tak sedap hati nak buat sesuatu yg KITA SUKA dek kerana rasa bersalah menggunung, berhentilah. Masa tu yakin lah, selagi menegakkan agama Allah, ada manis yang Allah nak bagi nanti walaupon sekarang rasa 'ketinggalan, kolot' kerana tak setanding dengan orang lain. Sabar, kerana belum masanya.
Sebagai contoh, apasal aku ni dok single lagi. Ada seorang sahabat buat gathering dengan kawan-kawan-kawan dia yg lain. Tapi kita ni, orang buat gathering ada keja pulak tak boleh join. kalau tak, maybe dah berkenalan dgn kawan kpd kawan kpd kawan2 yang datang tu :P. Omg so rugi. haipp haipp patah balik. Allah pelihara kita. Sabar, bukan masa dia lagi. Kena selalu ingatkan diri, mungkin banyak benda tak terjaga masa gathering tu, kita tak tahu.
Aku penah dalam situasi ni, masa tu aku baru dok kenal bab ikhtilat, so dok yes no yes no lagi, and apa benda laaahhh ni. Tetiba ada kawan2 ajak buat gathering, masa tu sekali ajak, yup k jadi nak p. But tiba2, aku ada kerja, aku down sbb xleh join hahahahaa.. Aku ingat lagi, aku cakap kat diri sendiri, tak apa lah, jaga lah selagi boleh jaga, jangan rasa rugi tak dapat join benda yang ganggu ikhtilat. Haha bayangkan dukanya seorang yg sukakan hiburan, menolak aktiviti yang lagha ini :P.. Cuma kena yakin, yakin Allah pelihara kita. Bukan bajet kita ni baik, tapi husnuzon dengan Allah. Lama2 kita akan paham sendiri.
Dan tak dapat dinafikan, aku ada orang yg inspired in which dia tak pernah tahu pon dia inspired aku. So, can I say all this is my own willing :P? Start dah lama, cuma mungkin dia just jadi penambah rasa. gittew.
No comments:
Post a Comment