Friday, March 14, 2014

Sentap

Macam biasa. Malam2 minggu dia ajak aku keluar melepak. Just us. Having fun, chatting, bersembang benda lagha, cakap pasal benda2 'sensitive' yang kena control depan org lain. Atau boleh aku pendekkan. Inilah time aku jadi aku yg sebenar. Depan dia. Yang fragile, terluka dan sunyi? hurm. okay. Waktu di mana aku lincah cakap pasal engkau. Waktu itu sahaja. Bukan nya hipokrit atau secretive. Tapi, selesa. Yes, selesa. Sebab Tuhan bagi dia telinga dan mulut yang hebat. Telinga yang sentiasa menadah walau cerita aku macam bullshit, dan mulut yg tak bergerak macam angin bawak cerita. Paling tepat, sebab aku percaya dia.

Tiba2 dia tanya lagi, 'macam mana sekarang'. aku just cakap 'ntah, rasa macam dah rendahkan ego ke tahap paling bawah, masih....ntah'. Dengan tenang, dia paling ke tempat lain. dan cakap, ' kau kena paham..ada satu garis halus yang membezakan.. antara, rendahkan ego, dengannn rendahkan maruah.'

Zapppp. sentap. duduk kejap. pikir. sekarang ni aku cuba rendahkan ego ke aku tengah rendahkan maruah?
Ada garis halus membezakan tu maknanya, kedua-dua perbuatan hampir serupa. Tapi tak sama. Seakan2. Tapi sebenarnya tidak.

'Kau rendahkan ego bila kau terima dia buat benda yg tak salah tapi kau tak suka'
'Kau rendahkan maruah bila dia dah tepis kau beribu kali, kau tetap muncul dengan misi yang sama'

Aku masih sentap sampai sekarang.

No comments:

Post a Comment