Tuesday, March 25, 2014







"Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi 
Setulus hatiku"




i told yaa, even it is a painful love, it is still love.




Thursday, March 20, 2014


Even when you realized this, you will still say, its okayy.

Bukan

Menjauhi bukan sebab benci
Cuma aku kasihan akan hati ini
Asyik2 dia yang tanggung apa yang mata ini nampak, 
Apa yang telinga ini dengar 
Dan apa yg otak ini fikirkan
Cukup cukup lah dia menanggung perasaan yang tiada balasan ini



Senyum sampai telinga macam puas hati,
Tapi bohong lah kalau aku cakap aku tak rindu. 

Friday, March 14, 2014

Sentap

Macam biasa. Malam2 minggu dia ajak aku keluar melepak. Just us. Having fun, chatting, bersembang benda lagha, cakap pasal benda2 'sensitive' yang kena control depan org lain. Atau boleh aku pendekkan. Inilah time aku jadi aku yg sebenar. Depan dia. Yang fragile, terluka dan sunyi? hurm. okay. Waktu di mana aku lincah cakap pasal engkau. Waktu itu sahaja. Bukan nya hipokrit atau secretive. Tapi, selesa. Yes, selesa. Sebab Tuhan bagi dia telinga dan mulut yang hebat. Telinga yang sentiasa menadah walau cerita aku macam bullshit, dan mulut yg tak bergerak macam angin bawak cerita. Paling tepat, sebab aku percaya dia.

Tiba2 dia tanya lagi, 'macam mana sekarang'. aku just cakap 'ntah, rasa macam dah rendahkan ego ke tahap paling bawah, masih....ntah'. Dengan tenang, dia paling ke tempat lain. dan cakap, ' kau kena paham..ada satu garis halus yang membezakan.. antara, rendahkan ego, dengannn rendahkan maruah.'

Zapppp. sentap. duduk kejap. pikir. sekarang ni aku cuba rendahkan ego ke aku tengah rendahkan maruah?
Ada garis halus membezakan tu maknanya, kedua-dua perbuatan hampir serupa. Tapi tak sama. Seakan2. Tapi sebenarnya tidak.

'Kau rendahkan ego bila kau terima dia buat benda yg tak salah tapi kau tak suka'
'Kau rendahkan maruah bila dia dah tepis kau beribu kali, kau tetap muncul dengan misi yang sama'

Aku masih sentap sampai sekarang.

Tuesday, March 11, 2014

Enough for now

The silence doesnt mean it stop. I just had enough of it. Enough for now. They said if you love something, let it go, and if he come back to you then hes yours. And sometimes if he did come back he not definitely yours jugak. 

Kau kena paham. Benda ni semua bukan keja kau. Kalau keja kau, kau boleh design lelaki macam mana kau nak kawen, anak bentuk apa kau nak. Level kita tahap usaha, selebihnya kerja di atas sana. Konsep berserah kepada Tuhan selalu kita terbabas. Termasuk aku. Mostly bila benda kita plan, kita nak, kita inginkannn semua tak jadi, tak dapat dan gagal. Kita bebai baling henpon baling buku baling kasut baling periuk baling kedah sebab marah. Kita marah sbb plan kita tak jadi, org kita nak tak dapat walaupon kita rasa kita dah berkorban banyak benda, kita rasa kita boleh hidup dengan dia ja. Kita marah sapa sebenarnya? Kita selalu terlupa, kuasa kat atas sana lagi hebat. Allah tau kenapa dia letak kita dalam satu keadaan tu (bersedih, berduka cita) selepas dia bagi kita rasa sayang, bahagia, dan kasih dekat seseorang. Semua yang jadi ada hikmah. Redha. Redha bukan setakat cakap. Tapi redha dengan hati. Bersangka baik dgn Allah. Tak semua benda kita suka baik untuk kita. Pilihan yang melukakan sekarang, tak semestinya berdarah sampai bila-bila. Pilihan terbaik tak semestinya menenangkan jiwa serta merta, kadang ia amat sengsara namun manisnya nanti datang jua, bukan sekarang, tapi nanti2. Nak lepaskan sesuatu yang kita sayang sgt, bukan senang, tapi buat apa simpan kalau memudaratkan. Sakit? yepp, nanti2 baiklah. 

Kadang kadang aku boleh cakap dekat orang ja. kakakaaka. Bila tepek muka sendiri, dasyat jugak down dia. Satu benda ja kena ingat. Part kita usaha.Tapi kalau antara kita saya je yang pulun, tak ke afdhal saya tinggalkan je. 

Sebab bercinta ni two way. Kau tak boleh menonong sorang2.