Thursday, January 23, 2014

Cerita Najwa: takuk lama.

Dari jauh aku tengok ada sorang mamat ni duduk atas kerusi dekat tiang. Pakai sweater warna black gold brand takpayah cakap lah. sbb tak nampak, jauh. Aku pandang je, ahh aku tak tau kenapa asyik nak pandang mamat ni dari itu hari. Dah la biaseeee je. Dalam biasa2 pon aku dok pandang lagi sampai lah mamat ni perasan angkat muka pandang aku balik. Cepat2 aku pusing buat dek.. "harap2 dia tak perasan" bisik hati Najwa yg gabra lalu terus masuk dewan kuliah.
Najwa tak abis pikir lagi, "haih sapa lah nama mamat ni, almaklumlah baru berapa minggu masuk first year, mana kenal lagi semua org" Najwa tertoleh2 belakang check mamat ni dah masuk belum. Memang tu lah kerja Najwa setiap kali masuk dewan kuliah. Check mamat ni duduk area mana. Apa pon, Najwa mampu tengok mamat ni dari jauh je. And suatu hari, Najwa terasa sgt tak cool sbb tak tau nama mamat ni. At least kalau tau boleh le jugak buat conteng2 nama dalam buku teks bila boring. Takpa, Najwa genggam erat buku lima dan berazam, nak mencari nama mamat ni. Gila determined.

Najwa jalan2 luar kuliah.."wow wow mamat sweater tadi wow". "Eh, dia buat apa kat papan kenyataan tu..menulis? Like seriously menulis kat situ, pehh first time jumpa org rajin nokhorom sampai menulis kat papan kenyataan" Najwa wat lek lu.. wat tak nampak... bila mamat tu blah Najwa pon pegi dekat papan kenyataan tu tengokk mendeeee lah mamat tadi buat. Dah pegi baca semua oh okay, dia isi utk join program fakulti. "oh dekat universiti ni cenggini ye cara nak buat penyertaan program" detik hati Najwa. Najwa pon gelabah huru hara cari part mamat ni isi tadi. Jari start dari no 1, Najwa turun kan slow2 jarinya ke bawah.. sambil bisik 'pompuan, pompuan, pompuan..lelaki , pompuan, lelaki,lelaki (jantung berdegup kencang)... ' dan tempat kosong. yihaaa. mestilah nama last sekali nama mamat ni. Lepas hapal2 nama mamat tu sampai ke bin2 dia sekali, pergh Najwa rasa dia pompuan paling cool itu hari. Rasa mcm nak belanja satu fakulti makan cendol. Tapi Najwa bukan org senang, so Najwa batalkan niat tu dan panjatkan kesyukuran je.
Hah mudahkan? Cuba engkorang engkorang semua contohi Najwa ni, bila dapat sesuatu yg kita nak, ingat perkara pertama yg kita kena buat, bersyukur.  Bukan kena bayar pon. heee utk andaanda dan sayasaya jugee. K dah jom masuk balik part Najwa.

Lepastu..tahun berganti tahun, Najwa pon dah kenal mamat ni. Mamat ni pon dah kenal Najwa. Macam2 jenis bergaduh dan carutan yg bersesuaian pon dah penah tambah2 masa siapkan assignment berkumpulan. Najwa pon dah watlek watcool lepak dengan mamat ni dekat kuliah, kedai makan, tepi longkang dan segala bagai tempat walaupon di bahagiaaaan hati Najwa yg paling deeepppp, rasa tu masih ada, masih sama. Walaupon kadang2 turn on turn off lah jugak kejap2. Tapi Najwa selesa cenggini, Najwa rasa safe dan lagi selesa dilayan sebagai kawan sbb kalau buat pengakuan, hurm ntah layanan apa jadinya, kan tak best. Tapi tu lah, sampai sekarang bila Najwa ingat2 balik, Najwa senyum sorang2. Sebab sampai sekarang...

Najwa masih di takuk lama.
Takuk masa mula2 suka dulu. 
Sikit pon tak berginjak. 
Macam empat tahun lalu, 
Hanya mampu tengok dari jauh.
Najwa duduk and pikir,
Yang sebenarnya, 
Najwa bukan xdak courage,
Cuma Najwa lagi sayang friendship yg ada.
Sbb Najwa percaya, even it is a painful love, it still love.
Dan.. tu je yg dia mampu. 


Sampai sekarang, Najwa still Najwa....selalu watlek wat cool depan mamat ni sambil hirup Radix kosong ais yg dia order dari abang hensem gerai sebelah yg asyik nak bagi free. Ingat Najwa takde duit ke ape.





Wednesday, January 22, 2014

Cari balik.

Bangun pagi dengan azam 'yeshhh jom start jogging harini, persetankan semua lemak yg ada'..pegi tepi tingkap..selak sikiiit jendela dari Kamdar.. tetiba syaiton malas datang berbisik..'tak payah lah jogging, kau tak gemuk sgt'..arghh terpengaruh. DAMN. and tuudia aku end up depan lappy cuba meng-realiti-kan niat nak berblog balik. Dan memandangkan ini post pertama aku, so makna kata..MENJADI lah azam tu. sebenarnya ni mukadimah je. Jap, nak masuk perenggan satu dah.

Ha sini. Perenggan satu.
Ni cerita semalam. Lepas tonton cerita Korea, aku pon siap2 nak beradu sambil nak mimpikan oppaaaaang drama tadi. So, aku ke katil dan light off. Argh pusing2 tak tidur2 pon lagi. Okay takpe, bukak FB lah layan TL. scroll scroll..sampai lah satu post dari senior yg dah keja. Bila diteliti view comment semua, apa yang dapat aku rumuskan ialah kerjanya banyak dan otak kena ligat.. tahu semua A-Z tentang ubat. Buat ubat instantly bila di request. Tetiba fikiran terterjah time aku clerkship dulu, kena buat TDM yg seluruh warga dunia farmasi tahu howw crazy busy it can goes (TDM ni keja dia check level ubat dlm darah so that kita tahu dia dalam acceptable range, which is not toxic, not overdose).. hurm dah rupa lecture aku rasa. Takpe, ilmu2. kutipp semuaaa!
So aku pon tutup phone dan pikir lagi di dalam bilik yg cahayanya samar2, aku mmg tahu scope keja aku dari awal bismillah lagi. Tapi nak caya tak caya sebab orang kalo bercerita gebang je lebih buat terror. Tapi bila senior yg alami pengalaman cenggitu, aku pon tersedar..benda ni betul.. dan aku pikir lagi.. banyak betul aku pikir. Menyesal bukak FB kahkah.. Aku rasa tak best. Rasa macam woiii busy nya. Dah la belajar pon busy memanjang. Kerja pon kena busy ke? mana life, mana?! Dengan berbekalkan OCD yg ada, aku pon pikir sampai ke satu tahap:
'haishh betul ke pilihan aku ni, 
yeke aku nk stay dalam bidang ni, 
kerja yg melibatkan nyawa org, mampu ke, power ke' 
and the list goes on sampai tertidur. Bangun pagi, terpikir lagi...kemainnn kan aku punya pikir...

Arghh, persetankan semua itu. aku dah final year. dah final year. apa kejadahnya dok pikir haluan betul ke tidakk. syaitooon betei semua ini. Bak kata2 semangat yg aku google tadi, the beginning always be the hardest. Takpe, alah bisa tegal biasa. Aku pilih jalan ni, Allah bagi jalan ni. Kita ada Tuhan, mohon. Jangan angkuh. So pokoknya, kita kena yakin. Yakin dgn apa kita pilih, yakin dgn apa Allah dah bagi. Kadang2 kita mungkin lupa, kita punyai matlamat yg sgt jelas masa kita buat pilihan ni 4 tahun lalu. Cuma, bila tahun berganti tahun, kita semakin lupa matlamat tu dan kabur dek menerima input2 baru dalam hidup kita. Tak ingat?? You just need to sit down and re-think. Ada, dia ada. Matlamat tu ada. Mungkin tersimpan jauh ke belakang. Selak2 lahh sikit. CARI BALIK.

"Banyak benda lagi tak master dalam bidang ni... cetek sgt ilmu"
"apa lagi.......ha pergi belajar."

Dah ketepi semua aku nak belajar ni.